KOTA KINABALU, 7 Mac - Beberapa kawasan di sini dan Penampang dijangkakan mengalami gangguan bekalan air selama 10 hari bermula hari ini.
Keadaan itu disebabkan pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog di sini.
Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu kenyataan berkata, pengurangan pengeluaran air terawat daripada 189 juta liter sehari ke 187 juta liter sehari itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
“Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.
Pelanggan di kawasan yang terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat,” katanya.
Kawasan yang dijangka terjejas di Kota Kinabalu antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kota Kinabalu City Centre, Kepayan, Tanjung Aru, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tanjung Lipat, Inanam, Kolombong, Luyang, Putatan, dan Bukit Padang.
Manakala kawasan dijangka terjejas di Penampang adalan Pekan Penampang, Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Donggongon, Jalan Penampang Baru, dan Jalan Penampang-Papar Lama.