
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026M kekal pada kadar RM33,300, sekali gus memberi kelegaan kepada bakal jemaah yang merancang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
- Keputusan dicapai melalui perjanjian dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.
- TH mengambil kira kenaikan harga minyak termasuk perubahan bahan api yang menjejaskan kos penerbangan.
- Penerbangan pertama dijadualkan 18 April; TH akan menyemak kos haji jika konflik Asia Barat menaikkan harga minyak.
- TH umum agihan keuntungan 3.50% (RM3.22 bilion), memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit; bayar RM95.3 juta zakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad, keputusan itu diperoleh melalui perjanjian yang dilakukan bersama syarikat penerbangan terlibat iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.
Kita telah mengambil kira peningkatan harga minyak dalam perjanjian sedia ada, yang turut merangkumi sebarang perubahan harga bahan api yang memberi kesan kepada kos penerbangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Agihan Tabung Haji 2025 di ibu negara yang turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr.Zulkifli Hasan dan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Penerbangan pertama dijadualkan pada 18 April ini. Bagaimanapun sekiranya konflik di Asia Barat berterusan dan memberi kesan pada kenaikan harga minyak, TH akan menyemak kembali kos menunaikan Haji pada musim akan datang.
Sementara itu, TH mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025 iaitu berjumlah RM3.22 billion.
Agihan itu meningkat berbanding 3.25 peratus pada tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.
TH juga turut melunaskan RM95.3 juta umlah zakat bagi pihak pendeposit kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi tahun 2025.