fb fb fb fb fb

Konvensyen khas PKR sempena ulang tahun ke-25 diawalkan Ahad ini - Fahmi

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 15 April - Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC,” katanya ringkas kepada Bernama.

Sebelum ini PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.

Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF