fb fb fb fb fb

Kontroversi The 1975 tidak jejas pelancongan Malaysia

(The 1975)

JOHOR BAHRU, 3 Ogos- Kontroversi yang dicetuskan kumpulan The 1975 semasa Festival Good Vibes di Sepang, baru-baru ini tidak menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, negara luar sudah mengetahui bahawa rakyat Malaysia mempunyai sifat bertimbang rasa dan kasih sayang.

Justeru, kerajaan yakin sasaran 16 juta pelancong antarabangsa ke Malaysia boleh dicapai tahun ini walaupun dipalit isu berkenaan.

"Rakyat di luar sana tahu malaysia ini rakyatnya cukup bertimbang rasa, cukup dengan kasih sayang dan imej Malaysia tidak tercalar sama sekali sedikit pun. Tidak ada impak sama sekali," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Legoland School Challenge di Legoland Malaysia, di sini.

Terdahulu, kumpulan The 1975 tular semasa membuat persembahan susulan tindakan biadab vokalisnya yang menyentuh sensitiviti masyarakat serta memperlekehkan undang-undang negara di Festival Good Vibes, 21 Julai lalu.

(Khairul Firdaus Akbar Khan)

Media Baharu