fb fb fb fb fb

Kontraktor Bumiputera digesa tingkat kreativiti

Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Mohd Razlan Rafii pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Ke-44

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Kontraktor Bumiputera digesa meningkatkan kreativiti dan daya saing bagi menghadapi norma baharu perubahan ekonomi terkini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif bawah Ekonomi Madani berpotensi memacu perubahan positif negara menerusi pendekatan strategik terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan domestik dan global.

Menurutnya lagi, melalui Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan bakal membuka banyak peluang pelaburan bagi merancakkan semula pelaksanaan projek khususnya bagi kontraktor kecil dan sederhana.

"Saya berharap semua kontraktor yang membida untuk melaksanakan projek-projek kerajaan supaya menganggap setiap projek tersebut sebagai peluang untuk mereka menunjukkan prestasi perlaksanaan yang terbaik dari segi kualiti, produktiviti dan profesionalisme dan dapat menyiapkan projek di dalam jangka waktu yang ditetapkan,"katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Mohd Razlan Rafii ketika Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Ke-44 di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE