Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah buka Bilik Operasi

Krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah membuka Bilik Operasi susulan konflik yang melanda rantau Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bilik Operasi KJ Malaysia di Jeddah ditubuhkan untuk memantau rakyat Malaysia terjejas di Wilayah Barat Arab Saudi.
  • Beroperasi sejak 9 pagi sebagai pusat penyelarasan maklumat dan bantuan konsular.
  • Talian kecemasan 24 jam disediakan: +966 126 727 740 dan +966 573 099 589; juga mendaftar melalui mwjeddah@kln.gov.my.
  • Rakyat Malaysia dinasihatkan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan kekal tenang.

Konsulat dalam satu kenyataan memaklumkan, bilik operasi itu diwujudkan bagi memantau secara dekat perkembangan terkini rakyat Malaysia di Wilayah Barat Arab Saudi yang terjejas, khususnya mereka yang terkandas akibat pembatalan penerbangan.

Bilik operasi itu mula beroperasi pada pukul 9 pagi dan akan berfungsi sebagai pusat penyelarasan maklumat serta bantuan konsular.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Operasi KJM Jeddah di talian +966 126 727 740 atau +966 573 099 589 yang beroperasi 24 jam, atau mengemukakan pertanyaan melalui e-mel di mwjeddah@kln.gov.my

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta kekal tenang.