fb fb fb fb fb

Konsep Islah perlu ada pada setiap Penjawat Awam-KSN

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 9 Februari-Konsep Islah seharusnya diterapkan dalam setiap agensi kerajaan demi membawa perubahan ke arah kebaikan negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, ini sejajar dengan hasrat Perdana Menteri agar penambahbaikan berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang penuh profesional dan berintegriti.

"Kerana itu di dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kita hendaklah pastikan sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan proses kerja serta penghasilannya agar ia memberi manfaat kepada rakyat", katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara di sini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penjawat awam atas sumbangan dan pencapaian terdahulu.

Selain menyeru agar terus memberikan sepenuh kerjasama terhadap kepimpinan kerajaan kini.


(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali/FOTO RTM)

Media Baharu