fb fb fb fb fb

Kongres Nasional Tahunan PRK 2023 bermula, angkat tema 'Memaknai Reformasi, Menjulang Madani'

Sidang media yang disertai Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ketua Wanita Keadilan Pusat Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli

PUTRAJAYA, 25 November- Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 bermula hari ini, mengangkat tema 'Memaknai Reformasi, Menjulang Madani'.

Kongres selama dua hari itu dimulakan dengan perasmian serentak Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ia persimpangan unik bagi parti kerana ini merupakan tahun pertama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tugas dan amanah, mengetuai portfolio dalam kerajaan.

"Ia satu peralihan yang perlu berlaku bahawa sebagai parti utama dalam gabungan kerajaan, tumpuan adalah kepada soal-soal bina negara dan soal rakyat,"katanya.

Menurut Ketua Wanita Fadhlina Sidek, tumpuan perbahasan kongres adalah komitmen parti mereka yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Kedua-dua sayap telah memulakan kongres masing-masing, disusuli perbahasan ucapan dasar ketua sayap.

Datuk Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dasar 8.30 malam ini, sekali gus merasmikan Kongres Nasional peringkat pusat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE