Konflik Asia Barat: PM gesa Ahli Parlimen buat kenyataan bersama

Foto FB Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM, 20 Mac– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua Ahli Parlimen untuk membuat kenyataan tegas bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran serta menzahirkan ucapan takziah atas kematian pemimpin-pemimpin Islam Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan menjadi punca utama ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat.
  • Balasan Iran dengan misil dan dron sasar pengkalan tentera; serpihan sampai ke kawasan awam.
  • Seruan supaya semua pihak memainkan peranan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terpelihara.
  • Malaysia kekal dihormati antarabangsa kerana dasar luar bebas, berprinsip dan tegas mempertahankan keadilan sejagat.

Tegas beliau, serangan terbabit menjadi punca utama ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat ketika ini.

“Sejak (serangan) itu situasi semakin serabut kerana apabila serangan balas Iran dengan misil dan dron menyasarkan pengkalan tentera di beberapa negara Arab. Kadang-kadang serpihan itu sampai ke kawasan-kawasan penduduk masyarakat awam. Jadi ketegangan sekarang dah merebak ke seluruh rantau,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Santai Akhir Ramadan bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar menyeru semua pihak memainkan peranan dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara.

Tegasnya, Malaysia kekal dihormati di peringkat antarabangsa kerana mengamalkan dasar luar yang bebas, berprinsip serta tegas dalam mempertahankan keadilan sejagat.