Konflik Asia Barat jejaskan ekonomi dunia, Malaysia tidak terkecuali

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mac– Konflik yang semakin meruncing di Asia Barat kini mula menjejaskan ekonomi dunia, termasuk Malaysia, melalui gangguan rantaian bekalan tenaga dan lonjakan harga minyak global, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan pasaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan MADANI mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter untuk mempertahankan kepentingan rakyat.
  • Langkah penjimatan awal termasuk pembatalan rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian dan GLC.
  • Hadkan lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran sebagai langkah penjimatan.
  • Kerajaan memantau perkembangan konflik bagi memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Kerajaan MADANI mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat berikutan konflik di Asia Barat.

Beliau menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Facebook.

“Malaysia tidak terkecuali daripada tempias perkembangan ini dan berdepan risiko kenaikan kos pengangkutan, tekanan terhadap harga barangan serta cabaran kepada kestabilan ekonomi,” menurut hantaran itu.

“Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memilih untuk mengambil langkah sukar dengan mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak dunia meningkat, demi mempertahankan kepentingan rakyat,” tambah beliau.

Selain itu, langkah penjimatan awal turut dilaksanakan, termasuk pembatalan rumah terbuka Aidilfitri oleh kementerian dan GLC serta menghadkan lawatan luar negara oleh anggota pentadbiran.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan keadaan semasa konflik bagi memastikan kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat terus terpelihara.