Konflik Asia Barat cetus ketidaktentuan ekonomi, rakyat diminta waspada

Foto fail/REUTERS

KUALA LUMPUR, 8 Mac -Susulan konflik di Asia Barat yang membawa kepada ketidaktentuan ekonomi dunia menuntut rakyat membuat perancangan perbelanjaan lebih berhati-hati.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tekanan kepada komitmen kerajaan dalam mengawal perbelanjaan negara.
  • Kerajaan mungkin menyemak subsidi BUDI MADANI RON95 dan mengawal kantung perbelanjaan.
  • Konflik geopolitik menguji ketahanan rangkaian bekalan dan tahap keterjaminan makanan negara.
  • Kekuatan ringgit serta hubungan dagangan serantau memberi sedikit ruang kawalan perbelanjaan import.

Indikator awal itu telah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengingatkan rakyat supaya lebih berjimat cermat sebagai persediaan awal bagi menghadapi situasi ekonomi yang mencabar.

Penganalisis ekonomi melihat keadaan itu turut memberi tekanan hebat kepada komitmen kerajaan dalam mengawal perbelanjaan negara.

“Merupakan indikator awal di mana kerajaan mungkin terpaksa menyemak jumlah subsidi yang diberikan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan seterusnya mengawal kantung perbelanjaan.

“Negara perang yang dilihat dan dijangka akan berlarutan ini juga mungkin akan mengganggu rantaian makanan kita
cumanya kekuatan ringgit pada kita ini memberi sedikit ruang untuk kerajaan mengendalikan perbelanjaan import pada ketika ini,” katanya kepada RTM.

Sementara itu, menurut Felo Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Azizul Amiludin, konflik geopolitik seperti ini juga menguji ketahanan rangkaian bekalan dan tahap keterjaminan makanan negara.

“Persediaan untuk menghadapi krisis global seperti ini mencabar kapasiti yang dibina dalam rancangan strategik yang memakan masa untuk dibina. Dalam hal ini, negara kita mempunyai hubungan dagangan dan rangkaian bekalan serantau yang lebih erat dan kita tidak terlalu bergantung pada bekalan dari rantau Asia Barat atau Eropah,” katanya.