fb fb fb fb fb

Kolej Komuniti Padang Terap anjur kursus CPR bersama APM

FOTO Kolej Komuniti Padang Terap

PADANG TERAP, 31 Oktober- Menyedari pentingnya aspek keselamatan terutama ketika berlakunya sesuatu bencana seperti banjir, Kolej Komuniti Padang Terap mengambil inisiatif mengadakan Kursus Asas Menyelamat dan Bantuan Pernafasan Mulut ke Mulut atau CPR, bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) siri dua kepada para pelajarnya.

Kursus melibatkan 60 pelajar semester 1 itu diadakan di Kolej berkenaan.

Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap, Ir. Ts. Mohd Aishamuddin Yaakob berkata kursus asas menyelamat dikendalikan oleh para pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap.

Beliau berkata, ramai yang memandang enteng dan tidak ambil peduli terhadap aspek keselamatan.

“Malah mereka menjadi panik dan tidak tahu berbuat apa-apa ketika berlaku bencana sedangkan mereka boleh menjadi penyelamat sekiranya tahu asas-asas menyelamat dan kaedah CPR yang betul,"katanya.

Beliau berkata para pelajar kolej itu akan diberi tunjuk ajar secara berkala berkaitan kaedah menyelamat mangsa bencana dengan cara yang betul dan selamat.

Ia bagi memastikan mereka bukan sahaja dapat menyelamatkan diri sendiri, ahli keluarga dan jiran tetangga ketika bencana, malah sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE