fb fb fb fb fb

Kolaboratif ATAM dengan 23 syarikat bantu asnaf di Perlis

FOTO ISTANA ARAU

KANGAR, 13 November- Sejak ditubuhkan lapan tahun lalu, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) telah mengadakan pelbagai kerjasama melibatkan 23 buah syarikat seluruh negara dan lebih daripada 1,300 asnaf dan anak asnaf telah menyertai kursus-kursus yang ditawarkan.

ATAM kini sedang dan terus berusaha saban tahun untuk lebih kreatif dalam mempelbagaikan lagi inisiatif kemudahan serta bantuan kepada golongan sasar itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, melihat kepada perkembangan dan kerjasama diperlihatkan oleh ATAM, inisiatif kerjasama diyakini dapat terus diperluaskan pada masa hadapan.

Malah, titahnya ia turut bertepatan dengan objektif ibadah zakat iaitu untuk memberikan keberkatan kepada harta, di samping menyuburkan semangat saling bantu-membantu dan berkasih sayang dalam kalangan umat Islam.

Antara syarikat yang menjalin kerjasama dengan ATAM termasuklah Walta Centre of Excellence Pulau Pinang, Ranaco Marine Sdn Bhd, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, Pusat Pembangunan Industri dan Pembangunan Kedah Darulaman dan The Welding Institute (TWI).

Demikian titah baginda ketika menyempurnakan program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Muhammadi Jejawi Sungai Adam, yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyempurnakan penyerahan bantuan kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan Anak Kariah Jejawi Sungai Adam berupa wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang.

Bantuan, bagi mengurangkan beban dan menampung keperluan harian golongan kurang bernasib baik berkenaan.

1311 ATAM ASNAF 2FOTO ISTANA ARAU

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE