fb fb fb fb fb

Kolaborasi MARA-PETRONAS bantu kembangkan potensi usahawan automotif tempatan

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki/ FOTO RTM

ARAU, 6 November-Kolaborasi antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) menerusi Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP) dijangka mampu menarik lebih banyak usahawan tempatan bagi mengembangkan perniagaan automatif mereka.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki berkata MARA telah memperuntukkan dana pembiayaan berjumlah RM12.65 juta bagi membiayai 21 usahawan yang telah membuka 29 outlet di bawah jenama berkenaan di seluruh negara.

Menurut Asyraf, di bawah program berkenaan, usahawan terlibat telah memperoleh nilai jualan melebihi RM35 juta dan berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Saya percaya kita mempunyai kekuatan dan pengalaman luas dalam pembangunan usahawan dengan PLMM. Saya yakin kita mampu mencapai sasaran", katanya kepada media pada Majlis Perasmian Outlet PUMP Nasr Utara Automotif Sdn Bhd, cawangan pusat servis kenderaan pertama di sini.

Pada majlis berkenaan, Datuk Dr Asyraf turut menyerahkan replika cek berjumlah RM14.564 juta bagi pembiayaan perniagaan kepada 118 usahawan di Perlis serta RM1.25 juta bagi melaksanakan 91 program keusahawanan termasuk latihan kepada 753 usahawan di Perlis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD