fb fb fb fb fb

Koc wanita MRT laluan Putrajaya, bermula Isnin

Amir Hamdan

KUALA LUMPUR, 6 April- Prasarana Malaysia Berhad melaksanakan koc wanita di Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya bermula Isnin ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata, inisiatif itu memastikan keselesaan serta jaminan keselamatan bagi majoriti 60 peratus penumpang wanita yang menggunakan rel Rapid KL sebagai pengangkutan utama.

"Inisiatif koc wanita mendapat sambutan baik daripada pengguna dan data yang dicerap menunjukkan bilangan aduan berkaitan kes gangguan seksual di MRT Kajang telah menurun daripada purata 3.2 kes sebulan ke 2 kes sebulan.

"Ia bagi memastikan etika penggunaan koc wanita dipatuhi oleh semua pengguna Rapid KL, Polis bantuan akan melakukan pemantauan secara berkala dalam tren dan stesen," katanya dalam sidang media pelaksanaan koc wanita di MRT laluan Putrajaya di KL Sentral dan Program Muzikal Raya dalam LRT di ibu negara hari ini.

Sebanyak 36 stesen dan 49 tren MRT laluan Putrajaya telah dipasang pelekat khas berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti koc wanita.

Bagaimanapun inisiatif itu juga akan diperluas ke laluan rel lain seperti LRT dan monorel pada masa akan datang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI