fb fb fb fb fb

KMJG 2024 terap semangat kemerdekaan

FOTO RTM

BENTONG, 27 Julai - Penganjuran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 mampu menerapkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia.

"Saya merangkakan ini satu perkara yang amat baik dan memberikan impak yang sangat baik terutama sekali untuk warga belia ataupun untuk anak-anak muda.

"Ini bagi mendalami dan menghayati erti kemerdekaan bermula dengan Jalur Gemilang,"kata Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang Datuk Amizar Abu Adam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan KMJG 2024 bagi daerah Bentong di Dataran Simpang Pelangai, di sini.

Amizar berkata, program seumpama itu perlu diteruskan dan dianjurkan di setiap kawasan agar belia lebih memahami sejarah negara.

TETITIA YUSOFF