fb fb fb fb fb

Klinik kesihatan baharu akan dibina di Spaoh

Datuk Douglas Uggah Embas menyampaikan insentif pendidikan kepada salah seorang penerima yang merupakan penuntut IPT dan lepasan SPM dari kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban

SPAOH, 16 Jun- Sebuah klinik kesihatan baharu akan dibina di daerah kecil Spaoh dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM36 juta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyumbang RM16.5 juta bagi merealisasikan projek tersebut, manakala selebihnya akan ditanggung oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Menurut beliau, tapak bagi pembinaan klinik telah dikenal pasti dan diperoleh, manakala bayaran pampasan juga telah disalurkan kepada pemilik tanah terlibat.

“Satu perbincangan lanjut akan diadakan minggu hadapan bersama pihak KKM dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Veronica Lugah untuk memperincikan pelaksanaan projek ini,” katanya.

Tambah Uggah, pembinaan klinik baharu itu amat diperlukan memandangkan fasiliti sedia ada sudah terlalu lama dan tidak lagi sesuai digunakan, lebih-lebih lagi dengan pertambahan populasi penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan insentif pendidikan berjumlah lebih RM30,000 kepada lebih 30 penuntut Institut Pengajian Tinggi dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE