fb fb fb fb fb

KL dan lapan negeri dijangka ribut petir, hujan lebat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 November- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi ini, memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).

Sementara itu di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI