
KUALA LUMPUR, 23 Februari- Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM2.96 bilion bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu.
- KKR memperuntukkan RM2.96 bilion tahun lalu untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.
- Penyenggaraan rutin merangkumi tampalan lubang, longkang, bahu jalan dan pemotongan rumput oleh syarikat konsesi.
- JKR memantau pelaksanaan melalui audit rutin dan aplikasi aduan MyJalan untuk pastikan pematuhan dan piawaian.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata penyelenggaraan rutin merangkumi penampalan lubang jalan, longkang, bahu jalan dan pemotongan rumput.
“Ia dilaksanakan mengikut pusingan kerja dalam Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia oleh syarikat konsesi yang dilantik termasuk di Sabah dan Sarawak.
“KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau pelaksanaan bagi memastikan pematuhan perjanjian,” katanya.
Beliau menjelaskan, pemantauan dilakukan melalui audit rutin di Jalan Persekutuan dan aplikasi aduan MyJalan untuk memastikan kerja menepati jadual dan piawaian.
Penyelenggaraan berkala pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu pavement dan non-pavement dijalankan mengikut kelulusan peruntukan dan dipantau berdasarkan garis operasi standard ditetapkan (SOP) senggara jalan.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya di Dewan Rakyat hari ini.