KUALA LUMPUR, 14 Mac - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menggunapakai teknologi bahan turapan baharu yang lebih berdaya tahan bagi mengatasi masalah jalan berlubang di jalan persekutuan secara berperingkat.
Perkara tersebut dinyatakan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi
Menurut Nanta, beberapa kerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan bersama sama pihak swasta dirangka bagi meneroka kaedah dan proses bahan turapan tersebut agar bersesuaian dengan kerosakan jalan yang dialami
"Antara bahan turapan adalah seperti CSMA, Polimer PMA, CMA, FMA ,SMA, dan LATEX.
'Disamping itu bagi memastikan kualiti bahan turapan yg dibekalkan mematuhi spesifikasi pihak jabatan, KKR telah melaksanakan auditan loji pengeluaran di setiap loji. disetiap loji yang ingin membekalkan bahan turapan bagi kerja-kerja penyelengaraan Jalan Persekutuan ini", kata Nanta ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, mengenai kerja-kerja penyelenggaraan penurapan di jalan-jalan Persekutuan pula, Nanta berkata sehingga kini, kementeriannya telah memperuntuk RM3.3 billion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.