fb fb fb fb fb

KKM sokong teknologi digital dalam perkhidmatan kesihatan

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob

KUALA LUMPUR, 2 November- Kementerian Kesihatan (KKM) giat menyokong usaha pengaplikasian teknologi digital dalam perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

Ke arah itu, kerjasama utuh antara pihak swasta dan kerajaan perlu diperhebat dalam memantapkan lagi sistem kesihatan negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob yakin inovasi adalah kunci dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang inklusif demi akses kesihatan yang saksama.

Beliau menyampaikan ucaptama Pada Majlis Persidangan KPJ Healthcare 2023 bertemakan "Transformasi Kesihatan" berlangsung di Putrajaya.

Persidangan dua hari tersebut dihadiri pemain industri kesihatan Malaysia dan luar Negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM