fb fb fb fb fb

KKM seru pegawai perubatan lanjut pelajaran bidang onkologi

Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 3 April- Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pegawai perubatan yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian memilih bidang kepakaran onkologi kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Perkara itu bagi memenuhi keperluan pakar di dua Fasiliti Pusat Kanser Wilayah Utara dan Sarawak yang bakal siap.

Ke arah itu, pihaknya akan meneliti kaedah penawaran dan hadiah latihan bersesuaian bagi menggalakkan lebih banyak Pegawai Perubatan menyertai bidang Onkologi.

"Kita sedang berusaha meningkatkan pakar onkologi memandangkan kita sudah mempunyai dua pusat kanser iaitu Pusat Kanser Wilayah Utara dan Pusat Kanser Sarawak.

"Kita menyeru pegawai perubatan untuk memilih kepakaran dalam bidang onkologi. Kita kena melihat penawaran dan hadiah latian yang diperlukan untuk mewujudkan kapasiti pakar onkologi dalam negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Aziz Ariffin di Dewan Negara.

Setakat ini, Perkhidmatan Onkologi rawatan sistemik ditawarkan di semua hospital negeri.

Dalam pada itu kementerian juga sedang meneliti potensi untuk mewujudkan Pusat Kanser di Sabah bagi memudahkan rakyat di negeri itu mendapatkan rawatan kanser secara komprehensif.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI