fb fb fb fb fb

KKM sasar mempertingkat kepakaran, guna kaedah EBM

Foto FB KKM

PETALING JAYA, 27 September- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus fokus mempertingkat kepakaran menerusi penyelidikan saintifik perubatan berasaskan 'Evidence-based Medicine' (EBM).

Pendekatan tersebut dapat memastikan pengagihan perkhidmatan kesihatan yang optimum dan saksama kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kaedah perubatan berasaskan EBM membantu pesakit menerima rawatan yang tepat di samping mutu yang lebih baik.

Ujarnya, adalah penting untuk memupuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara komuniti pengamal perubatan berasaskan bukti dan Institut Kesihatan Negara (NIH) bagi meningkatkan mutu dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia.

Beliau berkata ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan Ulangtahun ke-10 Cochrane Malaysia di Petaling Jaya, pada Khamis.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM