GEORGE TOWN, 27 Oktober- Kementerian Kesihatan (KKM) telah merujuk kepada bukti saintifik untuk menangani isu isu buli di fasiliti kesihatan awam, terutamanya dalam kalangan kakitangan perubatan secara menyeluruh.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, terdapat jaminan bahawa hospital mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengelakkan kejadian seperti beban kerja berlebihan yang sering dikaitkan dengan amalan buli.
"Kita mempunyai bukti saintifik yang kita guna pakai dan juga dalam parlimen. Menteri Kesihatan telah menyebut bahawa hospital mempunyai optimum tenaga kerja dan sebanyak 25 pegawai perubatan dan juga ketika itu tenaga kerja yang ada adalah 30.
"Bermaksud unsur kerja berlebihan atau pun buli itu tidak berlaku, tetapi kita kena semak lagi. Kita akan lihat perkara ini secara menyeluruh dan perkara berkaitan buli ini sedang ditangani," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai tinjauan mesra ‘'Premis Bersih, Bebas Asap' (bebas) dan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama dan Jalan Penang di sini.
Pada masa itu pihaknya akan merangka polisi lebih berkesan bagi menangani isu buli dalam sektor kesihatan secara menyeluruh di semua peringkat.