KUALA LUMPUR, 27 Disember- Lebih 110,000 unit produk farmaseutikal tidak berdaftar dirampas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Operasi Pangea.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Norhaliza A Halim berkata ia dilaksana lapan hari mulai 3 Oktober lalu.
Katanya, nilai rampasan yang dicatat mencecah setengah juta ringgit.
Operasi dilaksana di semua pintu masuk utama seluruh negara membabitkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri.
"Produk kosmetik paling banyak di rampas di kawasan berkenaan. Serbuan bersasar turut dijalankan ke atas penjual dan premis perniagaan di dalam talian. Kami tertumpu kepada usaha mengesan bahan psikotropik yang melanggar undang-undang," katanya menerusi kenyataan.
Tambah Norhaliza, dalam tempoh sama, 1, 675 pautan laman sesawang termasuk akaun media sosial dan e-dagang yang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar telah disekat.
Operasi tahun ini mendapati berlaku peningkatan penjualan ubat-ubatan terkawal oleh peniaga tidak berkelayakan atau tidak diberi kuasa.
Ini termasuk bahan psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik dan ubat batuk.