fb fb fb fb fb

KKM peruntuk RM1.06 juta bangun fasiliti Hospital Duchess Of Kent

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

SANDAKAN, 12 Ogos - Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan RM1.05 juta untuk membangunkan fasiliti dan menambah baik kemudahan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) di sini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu melibatkan penyediaan aset perubatan dan bukan perubatan serta kerja-kerja penambahbaikan fasiliti perubatan HDOK

KKM juga komited membangunkan fasiliti kesihatan di Sabah termasuk menambah pakar dalam pelbagai bidang sektor tersebut.

"Kerja-kerja awalan untuk blok baru itu dengan 594 katil dan juga bidang-bidang kepakaran. Ia disokong sub kepakaran dalam kalangan pakar sendiri membuat latihan.

"Autonomi itu akan dapat terus terus membangunkan fasiliti kesihatan dan kualiti perkhidmatan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Duchess Of Kent di sini.

Sabah juga bakal menerima 307 perjawatan pegawai perubatan untuk fasa pertama dan 10 daripadanya ditempatkan di HDOK Sandakan.

Dalam lawatan kerja sehari ke Sandakan beliau turut berkunjung ke fasiliti kesihatan sekitar Sandakan dan Kinabatangan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI