fb fb fb fb fb

KKM pandang serius isu keseimbangan kehidupan pegawai perubatan

Lukanisman Awang Saun

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu keseimbangan kehidupan dan pekerjaan pegawai perubatan.

Justeru, jelas Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni, pengarah hospital dinasihat meneliti agihan waktu penugasan agar tidak menjejaskan kualiti kehidupan kakitangan.

Tambahnya, kajian komprehensif juga sedang dilaksana bagi memastikan keperluan pegawai perubatan dapat dipenuhi.

Ini termasuk penyediaan ruangan berehat yang kondusif buat pegawai yang sedang melakukan tugas atas panggilan atau 'on-call'.

"Isu berbangkit bergantung kepada jumlah kakitangan yang berada di fasiliti, kita tengah menjalankan 'maldistribution of doctors' dan keperluan agihan doktor. Kita juga turut mengkaji perkara lain. Hospital ini menyediakan ruangan tempat rehat yang lebih selesa dan pengarah hospital turut dinasihat untuk melihat jadual dan pusingan kerja supaya tidak memberi tekanan kepada kakitangan," kata Lukanisman ketika menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM