fb fb fb fb fb

KKM garis lima panduan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menghadiri Persidangan Pengurusan Bencana Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024/Foto KKM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan lima garis panduan baharu bagi meningkatkan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah ini merupakan komitmen berterusan kementerian untuk memastikan kesiapsiagaan, respons pantas, dan pemulihan yang lebih berkesan semasa dan selepas bencana berlaku.

Menurut beliau, garis panduan ini bertujuan membina kapasiti serta keupayaan lebih baik bagi menghadapi sebarang bentuk bencana.

"Inisiatif penghasilan semua garis panduan ini telah bermula sejak tahun 2019 dari pelbagai pihak bagi memastikan KKM mempunyai sistem pengurusan bencana yang komprehensif.

"Paling penting tujuan asasnya, internet yang lebih canggih, objektifnya adalah untuk menyediakan negara berdepan dengan apa jua kemungkinan berlakunya bencana, sama ada sifatnya itu adalah bencana-bencana yang kita selalu tahu seperti banjir dan pastinya akan ada pelbagai penyakit ," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Pengurusan Bencana Bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat KKM Tahun 2024 di sini hari ini.

Tema persidangan tahun ini adalah "Ketahanan Sistem Kesihatan Semasa Bencanaā€¯ bertepatan dengan situasi semasa di mana perubahan iklim dan ancaman kesihatan global yang menguji ketahanan sistem kesihatan negara.

Lima garis panduan yang dilancarkan adalah:

  1. Pelan Pengurusan Bencana Peringkat KKM 2024
  2. Prosedur Operasi Standard Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) 2024
  3. Garis Panduan Pengurusan Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear, dan Bahan Letupan
  4. Garis Panduan Pasukan Penilaian Pantas dan Pasukan Tindak Pantas 2024 dalam Situasi Krisis Kesihatan
  5. Garis Panduan Mobilisasi Sumber Manusia Semasa Kecemasan Kesihatan Awam 2024

Katanya, KKM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mempertingkatkan keupayaan pengurusan bencana melalui pelbagai inisiatif.

GRACE AISYAH KEDAYAN