KKDW pertimbang cadangan usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar

Foto janaan AI

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertimbangkan cadangan pemberian sokongan khusus kepada usahawan profesional yang ingin membuka klinik fisioterapi di kawasan luar bandar.

RINGKASAN BERITA AI
  • KKDW mempertimbangkan sokongan khusus untuk usahawan profesional membuka klinik fisioterapi di kawasan luar bandar melalui program seperti MARA.
  • Sokongan itu boleh berupa tajaan atau pinjaman serupa skim pembiayaan profesional sedia ada untuk sektor perubatan.
  • Inisiatif bertujuan bantu akses rawatan untuk golongan rentan termasuk keluarga B40 di kawasan luar bandar.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, ia berpotensi untuk disokong menerusi program Majlis Amanah Rakyat (MARA), selain skim sedia ada bagi sektor perubatan, pergigian dan farmaseutikal.

“Fisioterapi merupakan salah satu cadangan baharu untuk tajaan ataupun pinjaman sokongan kepada doktor-doktor yang ingin membuka klinik-klinik, bukan sahaja di bandar.

“… malah juga di kawasan luar bandar di samping beberapa sektor profesional yang lain berdasarkan skim pembiayaan profesional itu”, katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin sama ada kementerian akan mewujudkan skim bayaran atau geran bagi penubuhan klinik fisioterapi di kawasan luar bandar khususnya untuk golongan rentan atau B40.