fb fb fb fb fb

KKD perlu kaji semula tatacara kerja, tingkat kecekapan dan integriti jabatan - Azam

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 7 November - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu melihat semula sistem dan prosedur, tatacara kerja dan garis panduan yang lama dalam usaha meningkatkan kecekapan dan integriti jabatan dan agensi di bawahnya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata ia seiring hasrat kerajaan untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan elemen rasuah dikalangan penjawat awam.

"Yang penting disini ialah seperti hasrat Perdana Menteri yang begitu serius untuk kita melaksanakan integriti dan tatakelola yang perlu diperbaiki. Banyak perkara yang kita boleh lihat di mana antara lain berkaitan undang-undang dan prosedur yang sudah lama dan lapuk perlu dikaji semula," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat KKD, di sini

Tambah Azam, kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) iaitu kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN