fb fb fb fb fb

Kisah pasangan anak hidap masalah kesihatan mendapat perhatian PM

Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah sekeluarga menaiki motosikal membawa bayi dilengkapi alat bantuan pernafasan/RTM

KUALA LUMPUR, 21 Mei -Kisah pasangan bersama seorang kanak-kanak yang berdepan kesukaran akibat masalah kesihatan agak serius mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi meminta orang ramai supaya dapat menyalurkan maklumat mengenai keluarga tersebut.

Kisah bermula apabila rakaman video pasangan itu yang menaiki motosikal membawa seorang kanak-kanak yang memakai alat bantuan pernafasan yang disimpan dalam beg sandang tular di beberapa platform media sosial.

“Mohon sesiapa yang mempunyai info dan maklumat tentang keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka”, tulis Farhan Fauzi di akaun media sosial miliknya.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Dato' Seri  dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka, tambah Farhan.

Menerusi ruangan komen di Facebook Farhan, keluarga berkenaan dikatakan menetap di Kuala Kedah.

"Salam saya Sukri, keluarga ini tinggal di taman saya berdekatan dengan rumah saya. Untuk mkluman tuan keluarga ini tinggal di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah. Saya dah dua tiga kali kerumah dia tapi tiada siapa di rumah saya akan usaha lagi untuk berjumpa dngan mereka, tulis Sukri Taman Nelayan.

"Anak yang viral hari ini mengalami masalah paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen 24 jam. Ayahnya hanya seorang nelayan bergaji hari.. dan tiada kereta. Dengan motosikal itulah mereka sekeluarga berulang alik untuk ke hospital, menurut status di MMG Garage.

Sementara itu carian di media sosial mendapati, video berkenaan ada di kongsi menerusi platform TikTok, milik Bob Azha King.

MAT YUNUS BIN SABRI