fb fb fb fb fb

Kilang solar baharu di Ipoh serlah keupayaan Perak sebagai destinasi pelaburan global

Kilang solar di kawasan perindustrian Tasek, dibangunkan oleh Zhejiang Sinopont Technology Co Ltd

IPOH, 1 Mac- Pembukaan kilang solar baharu di Ipoh serlah keupayaan Perak sebagai destinasi pelaburan global yang pertama dibangunkan di luar China oleh Zhejiang Sinopont Technology Co Ltd iaitu di kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh menggambarkan pengiktirafan, kepercayaan dan kemampuan Perak membangunkan sektor inovasi dan industri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemilihan lokasi di Perak turut menyerlahkan keupayaan dan kekuatan negeri sebagai destinasi menarik dan strategik untuk pelaburan global.

Jelas beliau, pembukaan kilang tersebut akan memberi manfaat besar kepada rakyat serta merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri.
 
"Kilang solar yang akan memulakan pengeluarannya menjelang suku pertama tahun ini juga telah berjaya mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan buat masa ini, dijangka melalui pembangunan fasa-fasa seterusnya lebih banyak peluang pekerjaan bakal diwujudkan sekali gus memacu lebih banyak pelaburan dan kemakmuran ke negeri Perak.

"Kilang ini nanti akan berupaya menghasilkan enkapsulasi filem sel solar dengan kapasiti pengeluaran 85 juta meter persegi bagi menampung permintaan 10 gigawatt,"katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan pembukaan kilang Sinopont Technology di kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, pagi tadi.

Tambah Saarani, penekanan kepada penghasilan enkapsulasi filem sel solar juga memperlihatkan komitmen Perak terhadap penggunaan teknologi hijau dan pembangunan mampan.

Selain selari dengan visi kerajaan negeri mewujudkan hab bagi teknologi hijau dan inovasi di bawah Flagship 12 Pelan Perak Sejahtera 2030.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE