fb fb fb fb fb

Kilang membuat peralatan besi musnah 60 peratus dijilat api

FOTO BBP Bayan Baru

BAYAN LEPAS, 18 Jun- Satu kebakaran berlaku di kilang Impression Engineering Technology Sdn Bhd di Jalan Batu Maung, Bayan Lepas awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.30 pagi tadi.

Beliau berkata, seramai 18 anggota bergegas ke lokasi dengan menggunakan lima jenis jentera yang berlainan.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran itu melibatkan tiga unit kilang Kelas C.

"Kebakaran dapat dikawal pada 5.15 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.15 pagi. Kilang tersebut dianggarkan musnah 60 peratus,"katamnya.

Bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain, kerja-kerja 'overhaul' turut dilakukan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Operasi kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE