fb fb fb fb fb

Khutbah Jumaat dalam Bahasa Inggeris di Sarawak, potensi luaskan dakwah Islam

Tan Sri Abang JOhari (tengah) pada Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-124 di Kuching

KUCHING, 27 Jun- Penggunaan Bahasa Inggeris dalam khutbah Jumaat di Sarawak tidak bermaksud mengagungkan bahasa kolonial tetapi memperkukuhkan usaha dakwah Islam.

Jelas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penggunaan bahasa antarabangsa itu berupaya memperluaskan lagi usaha dakwah di negeri yang didiami pelbagai kaum.

"Bukan bermakna semua masjid kita guna Bahasa Inggeris, hanya yang tertentu, jadi yang tidak fasih Bahasa Arab atau Bahasa Malaysia melihat cara itu mereka tertarik dengan agama kita,"katanya.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat lebih cakna dengan strategi dakwah Islam dan tidak terikat dengan satu bahasa.

Tan Sri Abang Johari berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-124 di Kuching malam ini.

Seramai 27 mufti dan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam di seluruh negara hadir dalam mesyuarat muzakarah selama tiga hari di Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE