fb fb fb fb fb

Khemah Biru Pantai Telok Kemang disita

Facebook Majlis Perbandaran Port Dickson

SEREMBAN, 9 Oktober- Sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson disita.

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, tindakan diambil selepas melakukan operasi pemantauan dan kawalan khemah biru di pantai berkenaan oleh anggota penguat kuasa MPPD pada 5 dan 6 Oktober lepas.

"Hasil pemantauan tersebut, sembilan unit khemah bersaiz 10'x10' yang dipasang tanpa penyewa telah disita. Tindakan penguatkuasaan seperti ini dijalankan secara berkala dan berterusan," menurut kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pengusaha khemah di sekitar Pantai Telok Kemang dalam waktu terdekat, susulan isu deretan khemah sewa di kawasan itu yang didakwa mengganggu pemandangan orang ramai.

Trainee