fb fb fb fb fb

Kewartawanan data dan AI fokus perbincangan "Newscamp 2.0" dan Kolokium Kewartawanan

Pengarah IPPTAR Roslan Ariffin/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Bengkel kewartawanan "Newscamp 2.0" serta Kolokium Kewartawanan anjuran Institusi Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan kemahiran data kewartawanan dan kecerdasaan buatan (AI).

Pengarah IPPTAR Roslan Ariffin berkata kedua-dua kemahiran berkenaan membolehkan wartawan menyampaikan visi dasar dan program kerajaan dengan berkesan kepada orang ramai secara lebih meluas.

"Data kewartawanan membantu kita membuat analisis, memahami isu. Data kewartawanan ini telah pun 15 tahun dilaksanakan dan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, ia meningkat selari dengan penggunaan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI)", katanya ketika ditemui RTM di sini.

Seramai 50 peserta terdiri daripada pelajar IPTA jurusan media dan kewartawanan serta pengamal-pengamal media mengikuti bengkel dua hari berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD