fb fb fb fb fb

Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM selamat disemadikan

Upacara pengebumian jasad Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendiang SAC Datuk M Chandrasekaran

KOTA KINABALU, 3 Jun - Jasad Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk M Chandrasekaran, 56 tahun selamat disemadikan di Pusat Krematorium, Wisma Fook Lu Siew, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Upacara dijalankan mengikut adat Hindu, dihadiri ahli keluarga mendiang dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Hadir memberi penghormatan terakhir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos serta pegawai tertinggi ESSCOM.

Turut memberi penghormatan terakhir, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Mendiang Datuk Chandrasekaran yang bertugas dengan PDRM sejak 1994, pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu antara 2014 hingga 2018 dan mendiang meninggalkan seorang isteri, ASP Datin Vyetty Anak Thomas Tajal serta tiga anak.

Pada 1 Jun lalu, Chandra, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Kingfisher, Likas, kira-kira jpukul 7 pagi sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Likas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM