
SHAH ALAM, 9 Februari – Setiap ketua kampung di Selangor diingatkan supaya melaksanakan amanah kepimpinan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
- Melaksanakan amanah kepimpinan dengan ikhlas dan bertanggungjawab demi manfaat masyarakat.
- Memahami peranan ketua kampung untuk memastikan kebajikan komuniti diuruskan berkesan.
- Menjadikan keikhlasan asas dalam setiap keputusan dan tindakan kepimpinan.
- Berperanan sebagai penghubung menyampaikan maklumat sahih untuk elak kekeliruan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kefahaman terhadap peranan sebagai ketua kampung amat penting bagi memastikan kebajikan masyarakat diuruskan dengan berkesan.
“Keikhlasan perlu menjadi asas dalam menjalankan tanggungjawab agar setiap keputusan dan tindakan memberi manfaat terus kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) 2025 dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JPKK 2026/2027 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, malam tadi.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan ketua kampung supaya berperanan sebagai penghubung yang berkesan dalam menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat, bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak tepat.