fb fb fb fb fb

Ketua Eksekutif HKSAR John Lee tiba di Malaysia, bakal bertemu dengan PM

KUALA LUMPUR. 27 JULAI – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu tiba di ibu negara bagi lawatan kerja ke Malaysia selama 3 hari.

Beliau bersama delegasi terdiri daripada pegawai tertinggi dan pemimpin industri pelbagai sektor tiba dengan pesawat khas kira-kira pukul 11.50 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA).

Ketibaan John Lee disambut oleh Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Mohd Nor’azam Mohd Idrus dan kemudiannya berjalan melintasi kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Putrajaya.

Lawatan sulung beliau merupakan platform meneroka kerjasama dan perkongsian antara Hong Kong dan Malaysia dalam pelbagai sektor khususnya pelancongan perubatan dan kesihatan.

Satu jamuan makan tengah hari bersama para pemimpin perniagaan Malaysia diadakan esok merupakan acara kemuncak lawatan delegasi tersebut dalam mempromosikan hubungan ekonomi dua hala dan pertukaran budaya antara Hong Kong dan Malaysia.

(Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu)

Media Baharu