fb fb fb fb fb

Keterjaminan makanan dijangka jadi fokus Belanjawan 2024

KANGAR, 2 Oktober- Isu keselamatan makanan dijangka menjadi fokus dalam Belanjawan 2024.

Selain menjamin bekalan makanan yang stabil dan berterusan, usaha juga perlu bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Dalam usaha memastikan kestabilan makanan, faktor input pertanian yang semakin meningkat serta membebankan pesawah dan pembekal juga perlu diberi perhatian.

Pengurus syarikat input pertanian bersubsidi Perlis, Rizalmi Abu Seman berkata apa yang diharapkan adalah pemberian subsidi dapat diteruskan dengan mekanisme bersasar.

Katanya, bukan sahaja menampung kos pengeluaran asas tani, langkah itu juga dilihat mampu mengelakkan ketirisan.

"Kita syarikat bersama-sama dengan agensi seperti MADA buat pengembangan di kawasan supaya peladang , petani ini dapat info yang betul tentang pengembangan input pertanian seperti racun. Kalau kita tengok setakat sekarang ini penerimaan peladang ini dia semakin baik, maksud bila kita bersama-sama agensi kita buat pengembangan bagaimana cara nak guna racun, buat tanaman secara berjadual,nampak keadaan itu semakin berubah daripada dahulu," katanya.


(Rizalmi Abu Seman)

Ujarnya, projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) diharap dapat dirangkumkan dalam Belanjawan 2024.

Jelasnya, SMART SBB dilihat antara langkah berkesan bagi mengurangkan kebergantungan kepada beras import, contohnya, di Simpang Empat, Perlis dan Air Hitam, Kedah.

SMART SBB yang dilaksanakan selama dua musim tahun ini, melibatkan keluasan hampir 183 hektar telah mencapai hasil tuaian lebih lapan tan per hektar.

Dalam pada itu, Penerima Anugerah Pesawah Terbaik ASEAN, Jaafar Zakaria berpandangan
dalam usaha melahirkan lebih ramai petani dan pesawah berpengetahuan, pengembangan pengetahuan dan teknologi Revolusi Industri Sektor Pertanian perlu juga diberi keutamaan.

"Beras negara boleh cukup kalau peladang ini boleh membekalkan 9 tan ke atas 1 hektar, tiada masalah pun dengan keluasan yang ada ini cukup, kita tak cukup baru 30 peratus lebih saja, bukan banyak, sedikit sahaja. Pokok padi ni sejenis tanaman, memerlukan penjagaan, dan memerlukan makanan, maka kita susun bagi cukup, dia akan menghasilkan buah berkualiti, tidak kira di kawasan IADA, KADA, MADA , ada satu projek kami laksana dengan nafas di luar mada, kubur panjang, kawasan hasil tiga tan, kita usaha peruntukan dari nafas bersama Petronas,keluar peruntukan daripada tiga tan tu boleh dapat hasil tujuh tan bersih satu hektar.

Katanya, dengan keluasan 20,073 hekar yang diusahakan 10,400 pesawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis, pesawah di negara ini mampu melangkah lebih jauh.

Tidak mustahil, suatu hari nanti Malaysia bakal muncul sebagai pengeksport beras.

Media Baharu