fb fb fb fb fb

KESUMA sambut baik Skim Saraan Perkhidmatan Awam

Menteri Sumber Manusia Steven Sim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menterinya, Steven Sim menyeru sektor swasta agar mencontohi langkah kerajaan menambahbaik gaji pekerja bagi menghargai produktiviti dan sumbangan pekerja syarikat masing-masing.

Katanya, syarikat juga digalak menyertai projek rintis gaji progresif yang sedang berjalan yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekerja khususnya di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Melalui program ini, kerajaan akan menyalurkan subsidi sehingga RM300 sebulan bagi setiap pekerja untuk syarikat yang mengambil bahagian, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Tambahnya, KESUMA juga telah menerima syor Majlis Perundingan Gaji Negara dengan kadar gaji minimum yang baharu dan kini di peringkat untuk menyediakan kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan.

ROSLINA BINTI DIN