KESUMA laksana kajian lanjut, perhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan (tengah), ketika sidang media pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Tahun Baharu KESUMA 2026 di Menara PERKESO, Putrajaya/BERNAMA

PUTRAJAYA, 15 Januari -Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang menjalankan kajian lanjut dan menganalisis data bagi memperhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Jun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • KESUMA sedang jalankan kajian lanjut dan analisis data untuk perhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat.
  • Dasar itu disemak untuk pelaksanaan menyeluruh dan terselaras, mengambil kira keperluan tenaga kerja jangka sederhana dan panjang.
  • Rangka kerja dasar hampir dimuktamadkan selepas perbincangan intensif sejak awal tahun dalam Jemaah Menteri.
  • Keputusan muktamad dijangka diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menterinya Datuk Seri R. Ramanan berkata, pihaknya kini meneliti pelbagai aspek dasar itu bagi memastikan ia dilaksana secara menyeluruh dan terselaras, mengambil kira keperluan tenaga kerja dalam jangka sederhana serta jangka panjang.

“Kami sebenarnya sedang membuat kajian dan akan membuat keputusan namun sudah tentu memerlukan lebih banyak data serta butiran lanjut. Daripada segi jangka sederhana dan jangka panjang, kami akan mengambil langkah yang perlu apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan dan Majlis Amanat Tahun Baharu KESUMA 2026, di sini.

Beliau berkata KESUMA kini di peringkat akhir memuktamadkan rangka kerja dasar itu dan perbincangan telah berlangsung sejak awal tahun di tengah-tengah jadual mesyuarat Jemaah Menteri dan sesi pasca kabinet yang padat.

Datuk Seri R. Ramanan berharap keputusan muktamad mengenai perkara-perkara terunggak dalam dasar itu dapat diumumkan selewat-lewatnya pada akhir bulan ini, atau paling lewat pada awal bulan depan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan