fb fb fb fb fb

KESUMA kaji semula skim keselamatan sosial PERKESO

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 19 November – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang mengkaji semula skim keselamatan sosial yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam usaha memperluas perlindungan kepada golongan pekerja berpendapatan rendah dan suri rumah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyediakan skim insurans sosial yang lebih komprehensif.

“Akta-Akta yang ditadbir oleh PERKESO menjurus kepada skim insurans sosial yang menyeluruh, khususnya bagi pekerja berpendapatan rendah.

"Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, bertindak sebagai penyelaras dasar dan program perlindungan sosial bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli parlimen Tapah, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji dan memperkenalkan skim caruman baharu (persaraan ) dan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah.

Tambah beliau, Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2022 (Akta 838) yang telah dilaksanakan pada 1 Disember 2022 lalu, menjadi langkah signifikan dalam menyediakan perlindungan kepada suri rumah.

GRACE AISYAH KEDAYAN