fb fb fb fb fb

Kestabilan politik harus dikekalkan demi keharmonian rakyat dan ekonomi - PM

BERA, 29 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kestabilan politik perlu dikekalkan untuk keharmonian rakyat dan ekonomi negara.

Menurutnya, beliau yakin perkara itu akan diselesaikan secara baik menerusi rundingan di peringkat pemimpin parti dengan mengambil kira kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Kerajaan diterajui hari ini terbentuk dengan majoriti nipis dan boleh tumbang jika parti atau ahli parlimen menarik sokongan.

Bagaimanapun, beliau percaya semua pemimpin parti politik akan memberi keutamaan kepada kestabilan politik bagi menjamin keharmonian rakyat dan negara.

"Saya percaya yang lebih penting ialah kestabilan politik di peringkat nasional ini, banyak perkara yang sedang kita rancang untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Jadi kalau ada timbul perkara-perkara seperti ini, politik kembali bergolak, ekonomi akan merudum dan terjejas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BERSATU dan PAS memberi sokongan kepada kerajaan hari ini bersandarkan syarat serta rundingan perlu dihormati.

Menurutnya, beliau yakin perkara itu akan diselesaikan secara baik menerusi rundingan di peringkat pemimpin parti dengan mengambil kira kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

 

Media Baharu