fb fb fb fb fb

Kesihatan Anwar pada tahap optimum - JKNS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, Anwar hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” menurut JKNS menerusi kenyataan.

JKNS turut memaklumkan, Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN