fb fb fb fb fb

Kes Zayn Rayyan, PDRM guna anjing pengesan di aras 3 dan 4 pangsapuri

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 12 Disember- Anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawa membuat pemeriksaan di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Tinjauan wartawan RTM mendapati pemeriksaan bersama anjing pengesan dilakukan di aras tiga dan empat blok pangsapuri lima tingkat berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan kira-kira 25 minit sebelum meninggalkan lokasi pada pukul 5.40 petang.

Turut dilihat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengepam keluar air dari kawasan takungan air yang terdapat pada anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan pada 6 Disember lalu.

Ini bertujuan untuk mencari bukti-bukti baharu yang mungkin ada di dalam takungan air berkenaan.

Proses mengeringkan takungan air berkenaan bermula kira-kira pukul 12.20 tengah hari, namun tergendala susulan hujan lebat lebih dua jam di lokasi.

Operasi itu kemudian dihentikan dan dijangka disambung pada esok pagi.

Artikel Berkaitan:
Kes bunuh Zayn Rayyan, polis teliti pergerakan 'dashcam' kereta
Kes Zayn Rayyan, 48 individu dirakam percakapan
Pasukan Unit Forensik ambil sampel, bantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan
Falco dan Jimmy diguna untuk jejak bukti pembunuh Zayn Rayyan
Zayn Rayyan cuba pertahankan diri - Mohd Shuhaily

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM