
MASJID TANAH, 24 Februari – Kes tuberkulosis (TIBI) di Melaka dilaporkan masih terkawal dan tiada sebarang kluster direkodkan setakat ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kes di Melaka hanya melibatkan individu tanpa pembentukan kluster setakat ini.
- Pengunjung bazar Ramadan dinasihatkan memakai pelitup muka untuk melindungi diri dan keluarga.
- Kerajaan negeri menekankan pemantauan berterusan dan amalan kesihatan awam semasa Ramadan.
Exco Kesihatan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kes yang direkodkan di negeri itu hanya melibatkan kes individu.
“Setakat ini di Melaka tiada kluster, namun di negeri lain ada kes melibatkan kelompok tertentu. Pengunjung bazar Ramadan dinasihatkan memakai pelitup muka bagi menjaga kesihatan diri serta melindungi keluarga daripada jangkitan influenza atau penyakit lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Kempen “Perhati dan Pilih” bersempena Ramadan 2026 di Bazar Ramadan Masjid Tanah