fb fb fb fb fb

Kes kemalangan meningkat, pengguna jalan raya diingatkan lebih peka ketika memandu

Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Kuching bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Petronas Sungai Maong, Kuching

KUCHING, 2 Februari- Sebanyak 6,054 kemalangan jalan raya direkodkan di Bandaraya Kuching pada 2023 berbanding 5,444 kes pada tahun sebelumnya.

Ia sekali gus menunjukkan peningkatan sejumlah 600 kes kemalangan jalan raya di Kuching.

Manakala, bagi tempoh enam bulan pertama tahun lepas, terdapat 355 kes kemalangan yang telah berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pemandu kenderaan atau penunggang motorsikal perlu lebih peka bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku, terutama sepanjang musim perayaan, kerana pada waktu itu terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Namun, katanya terdapat juga sesetengah negara yang juga mempunyai jumlah kenderaan yang tinggi tetapi mempunyai kadar kemalangan yang rendah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Kuching bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Petronas Sungai Maong, Kuching.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE