fb fb fb fb fb

Kes Covid dalam negara masih terkawal-Zaliha

(FOTO RTM)

KULAI, 20 April-Kes Covid-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan.

Menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus Aidilfitri ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Sehubungan itu, individu digalakkan melaksana kawalan kendiri seperti memakai pelitup separuh muka terutama jika bergejala.

"Kalau ada peningkatan kes ia hanya melibatkan sub varian Omicron, walaupun mudah berjangkit..Peratusannya sangat rendah. kita tidak perlu bimbang", katanya yang ditemui pemberita selepasmelawat dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini.

Dalam perkembangan lain, kajian mengenai vaksin denggi masih pada peringkat awal.

Kajian tersebut diperlukan bagi mencari langkah lain mengawal denggi di negara ini.


(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)

 

 

Media Baharu