fb fb fb fb fb

Kertas Putih Kesihatan, KKM teliti empat perubahan sistem kesihatan awam

SINGAPURA, 11 Jun- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti empat perubahan struktur sistem kesihatan awam menerusi Kertas Putih Kesihatan.

Ia meliputi Kesaksamaan Akses, Pembiayaan yang Mampan, Tadbir urus, Pengawasan dan Akauntabiliti serta Rawatan Pencegahan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perubahan kalis masa depan itu perlu dilakukan bagi mendepani sebarang kecemasan kesihatan seperti perubahan iklim, populasi yang semakin tua dan cabaran demografi.

"Sistem kesihatan yang kita ada hari ini tersekat pada paradigma yang lama, dimodelkan berdasarkan profil penduduk dan cara bekerja yang tidak lagi berkhidmat untuk kita.

Kalis masa depan ini memerlukan kita membuat perubahan struktur yang signifikan supaya lebih tersusun, dibiaya serta ditadbir urus," kata Khairy berucap dalam Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam di Singapura.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

Khairy turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung di atas kerjasama diberikan dalam usaha membuka semula sempadan negara pada April lalu.

Media Baharu